Zainal Rashid Ahmad (ZRA)
Perjalanan Karier ZRA
Haji Zainal Rashid bin Ahmad (Jawi: زين الرشيد بن أحمد; lahir 30 Jun 1967), atau dikenali sebagai ZRA, ialah wartawan dan penulis sastera Malaysia. ZRA menerima 7 Hadiah Kewartawanan dan 46 anugerah sastera[1] dan terkenal sebagai wartawan Malaysia yang pertama berjaya menyelinap masuk dan merakamkan keadaan umat Islam di negara Israel dan Palestin melalui sebuah dokumentari Majalah Tiga pada tahun 2005.
Sebagai wartawan ZRA sekali lagi memasuki Tebing Barat pada 2008 bagi dokumentari Ziarah Palestin. Episod ini dipaparkan bersama lagu Khas Ziarah nyanyian Datuk Ramli Sarip dan lirik ditulis ZRA. Selama 26 tahun sebagai wartawan ZRA berkhidmat di Kumpulan Utusan (1994-1996), Astro (1996-1998).
ZRA mengasaskan Astro FM (2006-2010) sebagai CEO dan Pengarah Kreatif (2006-2010) dengan tumpuan khas bagi penerbitan dokumentari. Pada 2010, menjadi tiga pengasas pertama TV Alhijrah sebagai Naib Presiden Kanan Penerbitan, Pemasaran dan Strategi Jualan Media.
Pada 2020 hingga sekarang ZRA menumpukan pada penstriman media baharu di ZRA STRIM.